Ashisogi Jizō Kurotsuchi_Mayuri

Tahap shikai Kurotsuchi Mayuri.

Zanpakutō milik Kurotsuchi Mayuri bergelar Ashisogi Jizō (疋殺地蔵, makna kasar: Kepala Bunuh Ksitigarbha, meskipun boleh diterjemahkan dalam cara lain).[3] Ksitigarbha merupakan bodhisattva yang menjaga kanak-kanak dan alam baqa. Di Jepun di mana dia dikenali sebagai Jizō, dia kelihatan seperti seorang bayi yang dipakaikan pakaian sami Buddha. Hulu zanpakutō Mayuri dibalut oleh sehelai kain, dan mempunyai beberapa ceracak terkeluar daripada bahagian bawah bilah pedangnya, yang kelihatan seperti dedaun. Berbeza daripada kebanyakan zanpakutō shinigami yang lain, sarung zanpakutō Mayuri tergantung di hadapannya, dan tidak di sebelahnya seperti yang dipakai oleh kebanyakan shinigami yang lain. Arahan pengaktifan Ashisogi Jizō ialah "koyakkan" (掻き毟れ, kakimushire, boleh juga diterjemah sebagai "cakarkan").

Dalam tahap shikai, Ashisogi Jizō berubah menjadi trisula dengan bilah-bilah bengkok berupa ular dan pemegang berbentuk seperti kepala bayi (seperti gambaran yang diberikan kepada Ksitigarbha), semuanya terdapat di bahagian hulu pedangnya. Pedangnya mengeluarkan sejenis wap yang beracun dan apabila Ashisogi Jizo menikam mangsanya, racun ini akan merebak ke, sama ada hanya satu atau setiap satu anggota hadapan, lalu melumpuhkan individu tersebut. Berbeza daripada keadaan lumpuh biasa, Ashisogi Jizō membiarkan hujung saraf mangsanya dalam keadaan sebelumnya, membenarkan Mayuri menambah kesakitan yang ditanggung mangsa mahupun pada anggota yang telah dilumpuhkan. Sewaktu babak Bount, mangsa Ashisogi Jizō didedahkan tidak mampu menghilangkan kesan "lumpuh" serta-merta selepas lukanya disembuhkan.

Tahap bankai Kurotsuchi Mayuri.

Tahap bankai Ashisogi Jizō digelar Konjiki Ashisogi Jizō (金色疋殺地蔵, makna kasar: Kepala Bunuh Ksitigarbha Emas ataupun Ashisogi Jizō Emas), mengembalikan bentuk zanpakutō Mayuri ke bentuk katananya dan mencipta seekor ulat beluncas gergasi yang memiliki kepala seorang bayi yang berwarna kuning yang dilengkapi oleh satu lingkaran cahaya di atas kepala (seperti yang dilihat pada kepala lakaran malaikat orang Barat) . Makhluk ini bernafaskan racun daripada darah Mayuri yang maut terhadap sesiapa yang menghirup udaranya, berkecualikan Nemu dan Mayuri sendiri. Mayuri mampu mengubah kompisisi racun ini, menjadikan apa-apa jenis ubat yang mampu menyembuhkan mangsa sukar dicipta dan hanya boleh dicipta pada saat itu sahaja. Mayuri sendiri telah mengubah rupa fizikal Konjiki Ashisogi Jizō supaya ia boleh berubah menjadi sejenis cecair dan kembali ke bentuk asalnya jika ia menyerang tuannya, menunjukkan bahawa Konjiki Ashisogi Jizō adalah makhluk yang mempunyai deria rasa dan juga wujud sebagai objek organik, serupa dengan Minazuki kapten Unohana Retsu. Beberapa bilah pedang juga boleh muncul daripada dada bankai Mayuri, membenarkannya untuk melari menembusi perisai ataupun penghalang. Akhir sekali, sekiranya mana-mana pihak mampu mengawal tubuh fizikal bankai Mayuri, dia mampu meletupkan Konjiki Ashisogi Jizō dan kembali ke bentuk asalnya.

Zanpakutō Mayuri juga mempunyai kebolehan untuk mengubah dirinya menjadi sejenis cecair apabila dia menikam dirinya dengan bilah pedang tersebut. Dengan berbuat demikian, Mayuri tidak membunuh dirinya, sebaliknya membenarkan Mayuri untuk melarikan diri, pada waktu yang sama dia tidak boleh menyerang ataupun diserang oleh musuh, menjadikannya teknik yang amat berkesan sekiranya dia kecundang di dalam pertarungan. Kebolehannya ini adalah sukar dipastikan sama ada ia berkaitan dengan modifikasi dirinya sendiri ataupun kebolehan semula jadi Ashisogi Jizō, kerana dia menggunakannya kepada dirinya sendiri sahaja, dan bukannya kepada pihak lawan. Perubahan fizikal yang telah dilakukannya ke atas dirinya sendiri mungkin sekali berkaitan dengan kesan teknik tersebut.